♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

27 June, 2015

Beza diantara Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun.


Assalammualaikum & Hai ..
Cma dulu, dua2 anak pantang 44 hari (yang termasuk pantang 100hari, 6bulan dan setahun tu) buat teruih 44 hari sekali harung.lepas tu, harammmm… bhahahaha… tu yg melekat faiz dlm tempoh setahun.. :p alhamdulillah.. rezeki kan..

Tempoh berpantang ni sebenarnya mmg amat diperlukan oleh ibu2 yg baru bersalin. Mana taknye. Dah la segala mak nenek urat2 dan tulang2 semua terbukak luas bila bby nak keluar.belum dikira sakit lagi tu.. cma masa dalam pantangkan Faiz kena demam 3 hari.sbb tak jaga betul2.

etc tak pakai stoking,mandi air sejuk,tak minum herba,  (faiz G6pd) tak ikat rambut tinggi, tido guna bantal rendah..sekarang ni, lepas 5 tahun tak mengandung mmg rasa sakit2 badan tu ada. Terutama sakit kepala..lepas ni kalo ade rezeki mengandung lagi, insyaallah.. pantang betul2.. huhuhu

Apa yang dimaksudkan dengan Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun. ni??

Pantang 44 hari.
-Pantang keluar rumah

Pantang 100 hari.
- Pantang suami (Bersama)
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn
- Pantang kena hujan

Pantang 6 bulan
- Pantang makan selagi baby yg fully bf x start solid food. Kalau x fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar2 sihat.
- Pantang excercise yg hardcore.

Pantang setahun
- Minuman berais
- Pantang laksa dan pulut

Rawatan yg boleh diteruskan even dh habis tempoh 44 hari.

-Bengkung
Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis

- Tangas.
Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.

- Mandi Serum.
Amalkan masa haid.

- Urut.
Sebulan sekali utk kesegaran.

- Mandi bunga.
Setiap kali lepas habis haid.

- Makan ubatan herba.
Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu.

Sekian, semoga bermanfaat & Selamat berpantang bagi ibu2 yg baru bersalin  & akan bersalin..semoga allah permudahkan  :)


♥ Library ♥

♥ Traffic ♥