♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

06 December, 2014

Resepi Roti Loyang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam sabtu..
berkurun entri ni dok dalam draf.. meh kita publish.. ehhe..

mesti ramai dah cuba roti ni kan..? sedap.. gebu..gebass..
cekidaut....
Resepi Roti Loyang

Bahan2

500gm tepung roti (boleh juga gunakan 400gm tepung roti dan 100gm tepung gandum)
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver (boleh diabaikan jika tiada)
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softener


Cara2
  1. Campur bahan kering dan masuk bahan cecair uli sebatikan.
  2. Masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
  3. rehatkan 30minit dan kendian tumbuk keluarkan angin
  4. Bulatkan dan rehat hingga doh naik 2x ganda
  5. Bakar suhu 180c   
Siap..selamat mencuba ya..

p/s : boleh dihiasi dgn taburan cheese,gula, choc chip, choc rice, etc yg uols suka..

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥