♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

11 December, 2014

Resepi Jejari Coklat Mudah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Khamis.. 

Hari ni Cuti Umum untuk warga2 selangor bersempena Hari keputeraan Sultan Selangor.Cma? daku bekerja ini hari.. huwaaaa….. hahaha.. kerje sajelah… :p

Ni CMa nak share resepi paling mudah, senang ringkas gilerrr nak buat *tapi tidak gila bila memakannya* hahaha..

Resepi Jejari Coklat.

3 jenis Bahan2 yg diperlukan :-
Biskut Jejari Kosong
Coklat Masakan
Badam Cincang

Cara membuatnya :-
1.    Cairkan Coklat Masakan Secara Double Boiler.
2.  Masukkan Badam cincang kedalam coklat dan gaul sebati.
3.  Celup Jejari biskut kedalam coklat, susun dalam Loyang dan biarkan seketika untuk coklat mengeras.
4.  Siap untuk dimakan.

Note: Boleh aje pelbagaikan kekacang dan guna coklat putih teww



Tara… haha..sekali pandang dah macam rupa sekut pepero tu jer kan..? nah.. buat sendiri,simpan stok byk2 bila rasa nak makan, ngap aje..hihih..

Sekian..selamat bercuti & selamat mencuba..
Bai bai bai…

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥