♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

31 March, 2014

Kalau Dah Rezeki.. [Terima Kasih Kak Khatijah]


Barang yg hilang..dah jumpe.. ^^

Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha selalu...
Salam isnin ^^

Cma nk cerita ngan uols..[sori citer pjg berjela..hahahas]
Hari rabu lepas beg yg cma isi duit tu tercicir tau uols [bukan wallet or purse. dia mcm pocket tissue]
Cma tercicir waktu berhenti sekejap nk jawab call. Mase tu bawak moto la... hujan renyai2 manje..agaknye beg tu tercicir time cma keluarkan phone..

Mase tu x perasan lg yg beg tu dah tercicir.. sampai rumah..siap2 nk keluar baru perasan beg tu takde..time ni cma nk keluar pi bayaq duit baki Roadtax.. menggelabah habaq hang..naik balik moto pegi ke opis.kot2 tercicir on the way nk g parking moto..cari2 tak jumpa..

Mula2 tu sedih jgk la..lama2 redha.. Doa dlm hati. ‘Ya Allah.. Jika ini bukan rezeki ku,aku percaya akan hikmah disebalik rezeki yg hilang ni”sambil2 tu baca doa barang hilang :

Doa menemukan barang yg hilang
Hari khamis petang, owner kedai yg cma renew .tax tu tepon.
Owner kedai‘’Shima,nk bgtau r.tax dh siap. Blh la dtg amek ye. Awk ade tercicir resit r.tax kt mana2 ke?
Time tu cma terkedu “Ok kak, nnti cma dtg amik..ya.. ya. Ada tercicir..tp tak ingat kt mana. Kenapa tu kak?
Owner KedaiAda orang jumpa resit awak ni.dlm beg duit katanya. Namanya khatijah.nnti awak telefon la dia ye.. ni no dia 0123456789 no opis 03987654321.”
Alhamdulillah kak..ade org jumpa.. mmg  hilang, tp x sure kat mana.. time kasih kak..nnti saya tepon dia.”

Diketotkan citer.cma call la kakak yg honest tu..

Salam..ni kak khatijah ke?”ye saya..siapa ni?”
saya cma kak.td owner kedai camar pelangi ada tepon saya,dia yg bg ni tepon akak ni,akak ada jumpa beg saya ke?”
“OO... ha.. ade2.. awak hilang beg apa ye? Ada apa dlm beg tu?” [meminta kepastian]
saya hilang beg warna hitam kak. Kecik je 4 segi.ada zip kaler putih kat belakang.yg depan tu boleh selitkan pocket tissue. Dalam tu ada resit r.tax rm150 dgn sejumlah wang tunai rm320
ha. Betul2.. akak jumpa beg tu masa nk balik kerja..ingatkan ape.. buka tgk ada duit..takut jugak waktu tu. Pastu husband akak suruh cek tgk apa2 yg boleh buat rujukan. Tu yg akak call org kedai tu.’
Nasib baik ada rujukan.kalau tak mmg akak nk sedekah ke masjid je
[sebak]Alhamdulillah kak.. terima kasih sbb pulangkan pada sya..rezeki saya dpt beg tu balik.Terima kasih kak..nnti saya jumpa akak

sebahagian dari wang tunai

Hari jumaat cma jumpa akak tu.. dan dpt balik beg dan isi2 kat dlm tu..Rasa bersyukur sangat.. huhuhuuu.. RM320 mungkin sikit nilainya bg sesetengah org..kalau cma, mmg besar rahmat la.. huhuhuuu..

  • Buat kak khatijah yg kerja di opis construction taman maju jaya, CMa nak ucap terima kasih byk2 sbb ssh payah call utk pulangkan balik beg cma tu.. Cma terhutang budi dgn akak. Hanya allah yg maha esa dpt mmbalas kejujuran akak..terima kasih kak
[kalau pun bukan sekarang, manelah tahu satu hari nnti akak terbaca entryni kan..terima kasih kak khatijah]

Alhamdulillah.. syukur..tak semua orang jujur kan?
Notasiku : uols pernah tak hilang barang, pastu jumpe semula?


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

28 March, 2014

[Bantuan Segera Musim Sejuk Untuk Pelarian Warga Syria Yang Kini Berada di Jordan]



Assalamualaikum..
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...Salam Jumaat..

sedikit perkongsian buat semua..
sekiranya anda ingin menyumbangkan sejumlah wang kepada saudara2 kita di syira boleh la melalui dgn cara ini..

Untuk makluman semua sahabat-sahabat, bumi Jordan kini berada dalam musim sejuk (Kini menghampiri 1° Celcius dan Salji sudah mula turun). Dan kini juga terdapat puluhan ribu warga Syria yang kini hidup sebagai pelarian di bumi Jordan. 

Mereka hidup dalam khemah yang serba kekurangan dan sangat memerlukan bantuan kita untuk menghadapi musim sejuk.

Jadi, bagi meringankan beban mereka, maka dibuka ruang untuk kita menderma dalam bentuk wang ringgit sebagaimana yang saya war-warkan pada sahabat-sahabat semua tadi. Sumbangan anda semua akan diuruskan oleh pelajar Malaysia yang kini sedang menuntut di bumi Jordan.

Antara barang-barang yang akan dibeli oleh mereka untuk warga Syria ialah :
1. Hiram (Selimut tebal dan berat - 6 hingga 8 KG)
2. Alat pemanas
3. Barang-barang keperluan yang lain.


Insya Allah bagi mereka yang berminat untuk menyumbang, anda bolehlah menyumbang dengan memasukkan ke dalam akaun seorang pelajar yang kini menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan

- Ammar Bin Roslan. 
Akaun Maybank - 162085569279 (Setakat ini hanya akaun Maybank yang ada)

Akaun ini telah dikosongkan khas untuk sumbangan-sumbangan anda. Insya Allah sumbangan anda sepenuhnya akan digunakan untuk bantuan rakyat Syria ini.
Untuk mereka yang ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi beliau di ammarbinroslan@gmail.com

Insya Allah setiap sen yang kita sumbangkan takkan sekalipun kita rugi. Ganjaran Allah pasti akan menanti di Syurga kelak. Menyumbanglah walaupun sedikit.

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." ( Al- Baqarah : 245 )

allahu.. selamatkan bumi syira :'(



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

DIsebabkan Hand phone



Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat Allah yg maha esa hendaknya...
Salam Jumaat

Sama2 kita renungkan :
Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:


Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.
Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang tasbih.
Kami lebih banyak baca sms dripda baca Al Quran
Kami lebih sering menelefon dripda Silaturahim.
Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud.

Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini.

Dan semoga HP yg kami miliki ini dpt digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.
Amin....

Kalau lah begitu.

Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...
Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...
Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...
Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..
Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..




♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

27 March, 2014

Ke Wet world Shah Alam Ke Kite



Assalammualaikum..
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknye..
Salam Khamis Uols..

Citer Minggu lepas sebelum basi, kita kasi tempek kat sini.. muahaha.

Misi membawa anak2 berjalan2..
Pagi tu weols pegi ke Wet World Shah Alam.. ingat nk ke Water World i-cty, tak menjadi..lenkali pegi..Tungguu..

Weols sampai dlm kol 11.30 mcm tu.. pegi time hari bekerja..mmg satu manusia pun takde waktu itu.. hahaha..ini tempat ana yg funyaaa…

Lepasla anakanda berdua tu,mandilah kamu sampai lobam~~
Tempatnye kocik aje..utk anak2 seronokla..utk mak bapak anak kurang seronok.. cetek ajer..

Seri yg solehah tu pantang lepas.. hilang je sekelip mate..semua  benda dia nk cuba..
Paling suka, gelongsor tinggi yg pusing2 tu..pastu suka ke tempat dalam..
Semput mak kamu ni nakk..

Faiz yg soleh ni..aterr..penakut…nek gelongsor pendek tu aje dah menjerit2..haru mak..
Hmm..ikot ler abah kamu berendam kat tempat cetek tu yer..

Dalam kol 3 camtu cabutt.. hujan lebat mencurah2…time ni ade la j gk orang dah datang
Muahahaha.. nah..silakan cuci mata melayan gambar yg tak seberapa…


Anda akan dicaj mengikut ketinggian 

yihaaaa... mula dahhh
Ya..sila patuhi DO & DONT'S yerrr ^^

pening kepala aboh...
Ya..! kami berjaya ke sini...muehehehe


Mak pun nak interprem jugak.. mane aciiiiii

last but not least.....
v
v
v
v
Agak2nye..aksi ape saye tgh buat ye..
ermmm... berkawad dlm air maybe??
:D
sekiann...

Balik dari mandi2, kami ke kilang biskut.. ade zomba la….. @_@

Tungguuuu next entri..

*airklorinkatsinimenyakitkankulit :(*

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

26 March, 2014

Dedicated to YOU #MH370



Assalammualaikum...
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam rabu..

We waited for your return,
We tried all ways to rescue you,
Hours turned to days,
Still we never gave up on you,

Theories started unfolding,
Hijack , man or machine ?
Soon the days turned to weeks
Still we never gave up on you,

Families were broken, shattered
Leaders were lost without answers,
The waiting seem never ending,
Still we never gave up on you,

Mothers, fathers, siblings, children,
A deep lost, each so valuable,
Longing just to see the familiar smile again,
Still we never gave up on you,

Latest technology, sophisticated assets,
So many countries beyond borders
All wanting to find you,
we never gave up on you,

Finally a news we dreaded to hear,
Your flight ended they say,
Was our waiting in vain?
No, cause we will never ever give up on you

Many lost their precious jewels,
Passengers, crews and our dear national carrier,
Our hearts are torn, tears overflowing
But Life has not ended only changed
We will still not give up on you

Lost but never forgotten. 

#RememberingMH370
#MengenangMH370 

— feeling sad.

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

25 March, 2014

Pesawat #MH370 Disahkan Tenggelam DiLautan Hindi



Assalammualaikum..
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...

Terjaga dri tidoq..kol 9.45pm tidoq semlm.. awai sungguh la haih..hihu..

Selesai apa yg patut.then p jenguk news feeds. .allahu... terkejut sgt2 baca..

Tak sangka..Pengakhiran penantian yg amat mendukacitakan..
PM mngesahkan laporan yg mngatakan pesawat #MH370 terhempas & tenggelam di lautan hindi..

Alfatihah...
Salam takziah buat semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

*maaf xde link nk attach.update via phone..nk screen capture pun tak reti*
Huhuhu..gugel je..ada berita sahih.

HaSbunallah Wani'mal Wakil.
♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

24 March, 2014

Muncul Jugak!




Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Pagi isnin.. ^^

Kejap je da masuk ujung bulan mac.. *menghitungharinakgaji*
Bhahahahaha :D

Gumbira rasa hati.. setelah sekian lama BE tak menari2.. akhirnya engkau munculkan diri..
Lama Dah tak merasa nk cash out tawww..

Tak kira..nak tempek jgk.. BE Pertama untuk tahun ni.. mudahan meriah la hendaknye.. dpt jgk duet poket.. :p

Kalo Nampak, sudi2kan lah jentik die yer..  hihihi.

Testing lagi

Sekadar utk catatan Puan Tanah

MONDAY BLUES??? Haippp!!! NO. NO.NO! :D

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

23 March, 2014

Sunway Education Openday




Assalammualaikum..
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam weekend..

hari Ni kija..esok pun kerja..
selamat bekerja..

ade openday hari ni..
moh ler datang..
keterangan lanjut..klik jer banner atas tu..

hepi hepi weekend ^^
♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

21 March, 2014

Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak


kisah anak diberi ubat cabut lariiiii *muahahah*

Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Pagi Jumaat..

Sape pernah makan ubat ni : UBAT BATUK CAP IBU DAN ANAK :
Cma pun pernah jgk mkn ubat ni sebelum ni..
Dan semlm soh hubby belikan sbb sore throats’ yg makin menjadi2 ni.. huhu..

Lepas telan sesudu, baru perasan TAKDE TANDA/COP HALAL JAKIM.
Apekehe..??
Gugel sane, gugel sini, tak de jawapan.
Erkkk…

Any idea? Sape yg tahu Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak Ni, Halal Ke tak?

Strepsils tu pun tu pun xde tanda halal..ade alcohol some more.. tp alcohol utk perubatan .. bukan yg memakbukkan..tanda halal yillek..

Hahahaha… HALAL Ke TAK HALAL??

Test

Sekian Bebelan saye..
Surah Kahfi Jangan Lupeeeeee ^_^





♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

20 March, 2014

MAGNUM TAK HALAL??!!


Add caption

Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam khamis semuanya.. ^^
*Patutnya nk publish hari ni, terpublish awal plak sebelum ni.. bhahaha..abaikan*

Baru jek makan eskem MagnUm Gold yg sedappp tu..tetiba pulak kate tak halal ye.. bhahaha... ADUHAIIII

Ade yg cakap kt CMa, Aiskrim MAGNUM tu TAK HALAL sebab ade kod E471 dalam tu..YA BENARRRR ade kod itu, tapi..haruslah anda2 tahu bahawa kod itu juga mewakili untuk TUMBUHAN seperti (Sel Kekacang) dan bukanlah didalam kategori KOD UTK KHINZIR. 

Soalan..

Maklum balas dari pihak JAKIM
Untuk makluman, JAKIM juga mengistiharkan AISKRIM MAGNUM adalah halal berdasarkan SIJIL HALAL DARI PENGELUAR.

Haaa.... pernah makan or suka mkn kepok TWISTIES tu tak? kalo uols cek kandungan2 dlm tu pun akan jumpa KOD E631.Sooo??

yang cma tau MAGNUM INI HARAM!!
Bhahaha.. :D
Saye budak baru belajar.kalau salah tolong perbetulkan :D
WallaHu'alam....

*AP*
♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

19 March, 2014

WW : Gegetan Chenta





Assalammualaikum..
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...

Salam Pagi rabu…

Gegetan chenta habaq hang!

Bhahahahaha… #MagnumGold Anyone?? :D


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

18 March, 2014

Masalah Follow : Settle DAH



Assalamualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Selasa…

Tatkala ini, hujan membasahi Bandar sunway..alhamdulillah…
Pagi tadi berjerebu jgk..masuk tgh hri bertambah berjerebu.. huhu^^

Alhamdulillah..
Pemenang dah pun serah diri..tahniah yer.. kalo nk berkenalan dgn beliau jgn malu jgn segan, klik jer An-Nur :)

Baru2 ni blogspot menghadapi masalah dgn gadget follower.. Pasaipa ntah.. ngatkan cma sorang jer yg ade problemo.. ramai jugak eh.. huhu..Masalah tak leh nak follow.

Gugel sana, gugel sini, so.cma ade 1 cara yg boleh digunapakai.tp ini utk blog sendirilah.
Sape2 yg ade masalah, boleh la cuba cara ni, insyaallah, follower baru takde masalah nk follow..

Carenye :-

Pegi ke template
Add html
Uols copy semua code ni


<div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=ID BLOG" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6" /></a><br /><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div></div>
Tukar ID BLOG tu ke ID anda sendiri..
Cara nk dapatkan ID BLOG :-


Klik DASHBOARD.
Nampak tak Ade beberape digit Number kat atas tu? Itulah ID BLOG uols.
Copy code tu Gantikan.Paste dan save jer.

INi nombor kasi ganti arr..

So, nanti akan ada button cenggini..


Sekian..


Cma masih lagi dlm proses nk balas jejak dan follow.. tunggu yer… saye datang..^^


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

17 March, 2014

[Cabutan Ke-3] Pemenang Shiemacma 1st Giveaway 2014


Cabutan ke-3 sudehhh

Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Isnin… ^^
Aaaaa…ampa tak mau hadiah kahh..? hihihi.:D

Disebabkan Pemenang terpilih semalam tak serah diri, so hari ni, cma undi dan lagi dan lagi…bhahahaha.. :D
DAN Sekali lagi, cma nk mintak maaf sbb, utk berlaku adil kepada semua peserta,cma TIDAK AKAN personally inform pemenang yer..Coz cma dah btau bila tarik pemenang akan diumumkan.. [HARAP MAKLUM]

cma bagi tempoh sehingga 18.03.14 jam 3 ptg..kalo xserah diri,cma akan undi lg dn umumkan pemenangnye pd 18.3.14 jam.3.15ptg ye...

Dan, untuk cabutan ke-3 ni, Cik seri yg solehah tu..dgn bahagianye telah meng ‘grab’ no ini..
Dan dengan itu pemenangnyeeeeee adelah….

V
V
V
V
V
V
V
V
No 72 Tuuuuu

Tahniah yer,


Pemenang Just bgtau Number Phone (Utk Top Up) ATAU No Akaun Maybank (shj) berserta Email utk CASH.
komen di kotak entri ini (TIDAK AKAN DIPUBLISHKAN).

Maafkan CMa ye..jika ada yg terlebih tu, dtgnya dari allah swt..dan terkurang tu datangnya dari khilaf CMa sendiri..allahu!.Terima kasih sekali lagi ..InsyaAllah..ade rezeki, CMa anjurkan GA lagi.. huhuhu.. :D

PLEASE DON’T STOP #PrayForMH370 #DoakanMH370


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

16 March, 2014

[Cabutan Ke-2] Pemenang Shiemacma 1st Giveaway 2014



Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Ahad… ^^

Disebabkan Pemenang terpilih semalam tak serah diri, so hari ni, cma undi lagi…
Sebelum tu, cma nk mintak maaf sbb, utk berlaku adil kepada semua peserta,cma TIDAK AKAN personally inform pemenang yer..Coz cma dah btau bila tarik pemenang akan diumumkan..
[HARAP MAKLUM]

sila serah diri sebelum jam 3ptg 17.03.14.kalo tak,cma akan undi lagi dn umumkan pemenang baru jam 3.15ptg pd 17.03.14 yeee..

Dan, untuk cabutan ke-2 ni, Cik seri yg solehah tu..dgn bahagianye telah meng ‘grab’ no ini..
Dan dengan itu pemenangnyeeeeee adelah….

V
V
V
V
V
V
V
V
 
No 75!!
Tahniah yer,


Pemenang Just bgtau Nombor Phone (Utk Top Up) ATAU
No Akaun Maybank (shj) berserta Email utk CASH.
komen di kotak entri ini (TIDAK AKAN DIPUBLISHKAN).

Maafkan CMa ye..jika ada yg terlebih tu, dtgnya dari allah swt..dan terkurang tu datangnya dari khilaf CMa sendiri..allahu!.Terima kasih sekali lagi ..InsyaAllah..ade rezeki, CMa anjurkan GA lagi.. huhuhu.. :D


PLEASE DON’T STOP #PrayForMH370 #DoakanMH370


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

15 March, 2014

Pemenang SHiemaCMa 1st Giveaway 2014



Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Pagi sabtu...

Seperti yang dijanjikan Semalam, hari ni dengan rasminya CMa umumkan PEMENANG BERTUAH SHiemaCMa 1St Giveaway 2014 ni..Senarai nama boleh tengok DISINI ye..
TAHNIAH Diucapkan Buat Pemenang..

CMa bagi tempoh sehingga pukul 3 Petang esok yer (15.03.14) utk serah diri..
Kalo takde,CMa akan undi lagi esoknyer.. jam 3.15 tuuuu... ^^

Pemenang Just bgtau Nombor Phone (Utk Top Up) ATAU No Akaun Maybank (shj) berserta Email utk CASH.komen di kotak entri ini (TIDAK AKAN DIPUBLISHKAN).

Pada Uols yg x terpilih,jgn berduka lara tau.. InsyaAllah, ada rezeki mendatang CMa buat GA lg..or ada rezeki di GA  lain plk..

CMa jugak nak MINTAK MAAF jika sepanjang berlangsungnya SHiemaCMa 1st Giveaway ni, CMa ada terrrbuat ape2 kesilapan.. sesungguhnya CMa hanya insan biasa..

Tak lupa jugak CMa nak ucapkan TERIMA KASIH Juta2 Lemon dekat Uols yang sudi memeriahkan giveaway ini..^^

Dan..
PEMENANGNYE ADELAHH......
v
v
v
v
v
v
v
v
NO 65 ^^

TAHNIAH..~~~~



Maafkan CMa ye..jika ada yg terlebih tu, dtgnya dari allah swt..dan terkurang tu datangnya dari khilaf CMa sendiri..allahu!.Terima kasih sekali lagi ..InsyaAllah..ade rezeki, CMa anjurkan GA lagi.. huhuhu.. :D
Dont Stop #PrayForMH370 #DoakanMH370

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

14 March, 2014

Senarai Peserta Shiemacma 1st Giveaway 2014



Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Jumaat yg penuh keberkatan…
*maaflambatupdatesebabpuantanahbztimbaair*
huhu..

Alhamdulillah Shiemacma 1st Giveaway 2014 telah pun tamat semalam (13.03.14)..
Seperti yg dijanjikan, hari ni cma akan keluarkan senarai peserta..
So,sila semak yer link uols  kot2 tercicir.. sila inform cma yer..

cma bg tempoh sehingga esok ptg jam 3ptg jer taww..
insyaAllah, esok-sabtu (15.03.14) jam 3.15ptg cma akan umumkan pemenangnyer....

Senarai Peserta Shiemacma 1st Giveaway 2014 yg gojess & macho ~


18.http://myimpiannaad.blogspot.com/2014/03/shiemacma-1st-giveaway-2014.html 
19.    http://mie-cyber.blogspot.com/2014/03/shiemacma-1st-giveaway.html
81. http://ujieothman.blogspot.com/2014/03/shiemacma-1st-giveaway-2014.html
82. http://www.syuhadasalleh.my/2014/03/shiemacma-1st-giveaway.html

Alhamdulillah..CMa rase terharu uols,walaupun GA Cuma berlangsung selama 3 hari..eh eh.. 4 hari sebenarnye..cma salah kire..bhahaha.. xpe..abaikan.. :p
Tapi seramai 82 org yg join..terharu sgt2..

Terima kasih juta2 lemon sbb sudi join & support GA kecik cma ni… So, pada kawan2, nantikan keputusan pemenang esok- 15.03.14 jam 3.15 ptg yer.. InsyaAllah..

P/s : Nak senang cari link, Tekan je ‘Ctrl F’..
ha..lps tu,blh la uols blogwalking sesama sendiri menambah rakan taulan (^_^)Y

Maafkan CMa ye..jika ada yg terlebih tu, dtgnya dari allah swt..dan terkurang tu datangnya dari khilaf CMa sendiri..allahu!.Terima kasih sekali lagi ..InsyaAllah..ade rezeki, CMa anjurkan GA lagi.. huhuhu.. :D

Jangan berhenti berharap.. #PrayForMH370 #DoaUtkMH370

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥