♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

31 August, 2012

✿ Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Merdeka 2012 ✿

بِسْـمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ....
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

31 Ogos 2012 merupakan hari sambutan hari kemerdekaan yang diadakan di seluruh Malaysia. Sambutan utama diadakan di ibu negara iaitu di Dataran Merdeka. 


Oleh itu ini merupakan senarai jalan ditutup sempena hari merdeka yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2012 di Kuala Lumpur.

Sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin, penutupan jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula selepas acara selesai.

Senarai Jalan Ditutup

1.   Jalan Travers/Jalan Damansara
2.   Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
3.   Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
4.   Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
5.   Jalan Tembusu/Jalan Lembah
6.   Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
7.   Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
8.   Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
9.   Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
10. Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
11. Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
12.Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
13.Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
14.Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
15. Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
16.Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
17.  Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
18. Jalan T.A Rahman/Jalan Raja

Semoga senarai jalan yang dimaklumkan ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda panduan bagi mengelakkan kesesakkan jalanraya. Pihak kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55.

.: Sumber :.




♥ Library ♥

♥ Traffic ♥